link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONNECT WITH

Jumat, 25 Maret 2011

Belajar dari LUQMAN AL HAKIM

Dalam mendidik anaknya untuk
berhadapan dengan pandangan
manusia, Luqman al Hakim telah
membawa anaknya dan keldai ke
pasar tempat orang ramai.
Mulanya, Luqman al Hakim telah
menaiki keldai itu, anaknya pula
yang mengendalikan keldai itu
sambil berjalan kaki, maka orang
ramai berkata :
" Inilah orang tua yang tidak
mengasihani anaknya, dia
bersenang lenang di atas keldai,
anaknya pula berjalan kaki! "
Berikutnya, Luqman al Hakim
menaikkan anaknya ke atas
keldai dan beliau sendiri pula
yang mengendalikan Keldai
dengan berjalan kaki, maka
orang ramai berkata :
" Sungguh biadap anak itu,
orang tua dibiarkan berjalan
kaki, dia pula bersenang lenang
di atas keldai! "
Seterusnya, Luqman al Hakim
bersama anaknya menaiki keldai
itu bersama sama, maka berkata
pula orang ramai :
" Lihat!, seekor keldai membawa
dua orang!, alangkah siksanya
keldai itu membawa beban
berganda! "
Akhirnya, Luqman al Hakim dan
anaknya tidak menaiki keldai itu
dan membiarkan ia kosong saja,
orang ramai berkata lagi :
" Alangkah anehnya, keldai
dibiarkan kosong tidak
ditunggangi, tuannya pula
berjalan kaki saja!"
Apa kalian dapat dari kisah ini?,
saya dapat sangat banyak, dan
saya mohon berkongsi sendikit. "
Ridhannas ghoyatun la tudrak!
", itu kata pepatah arab yang
mampu menerangkan kisah ini,
maksudnya " Kepuasan atau
persetujuan dari SEMUA pihak
yaitu manusia adalah sesuatu
yang tidak mungkin dicapai ".
Inilah yang kita katakan
pandangan manusia, pandangan
yang selalunya silap, jika
dibandingkan dengan
pandangan Allah. Sangat benar,
pandangan manusia itu sering
berbeza beza, setiap apa yg
dilakukan pasti ada saja yang
kurang bersetuju, mungkin
majoriti, mungkin juga minoriti,
tapi hakikatnya pasti ada
perbezaan.
Melihatkan kisah ini, saya tidak
mengatakan yang orang ramai
yang memberi komen2 itu jahil
atau silap, ada benarnya setiap
komen itu bukan?, ya, memang
ada benarnya, saya akui itu,
tetapi setiap komen itu
datangnya dari pandangan
manusia yang pastinya banyak
kekurangan, saya mahu tanya,
jika orang ramai itu tahu kenapa
Luqman al Hakim berbuat
demikian, yaitu utk mendidik
anaknya, adakah komen yang
sebegitu akan diberikan?, pasti
tidak bukan?...begitulah
manusia, ia tidak mengetahui
apa yang terselindung, apa yang
tersembunyi.
Apabila berhadapan dengan
pandangan manusia dalam
menilai sesuatu, apa yang
dikatakan mungkin sangat jujur,
namun hakikatnya, manusia akan
berkata dengan apa yg dia tahu
dan lihat sahaja, sedangkan
mungkin masih banyak perkara
yang tersembunyi yang tidak ia
ketahui dan fahami, ia mungkin
satu bentuk kejujuran, namun
jujurnya pendapat itu bukanlah
boleh menafikan pandangan
Allah. Kerna inilah kita perlu
sentiasa memohon untuk melihat
dengan pandangan Allah yang
sentiasa benar, namun seringkali
pandangan Allah itu akan
diganggu gugat syaitan
laknatullah, kerna itu sumpah
setia syaitan, memalingkan
manusia dari kebenaran, ia
bukan silap manusia lain, bukan
silap siapa2, tetapi silap kita
sendiri jika masih mahu melihat
dengan pandangan manusia yg
serba kurang. Kitalah yg lebih
tahu situasi yang sebenar, dan
Allah lah yang lebih2 lagi Maha
Mengetahui.
Kejujuran perlu datang dengan
pakej hikmah, ikhlas, dan benar.
Tidak bijak jika jujur datang
tanpa tiga perkara itu. Malah
kejujuran yang sebenar adalah
kejujuran yang membuat diri
lebih dekat dengan pencipta,
apakah boleh dikatakan
kejujuran itu membawa manfaat
kirannya seorang Kristian datang
berdakwah kepada kita,
seterusnya dengan jujur
mengatakan bahawa agamanya
lah yang benar, kerna itu yang
dia 'iktiqadkan, adakah itu
bentuk kejujuran yang kita mahu
mempercayainya dan terus
memeluk agama kristian?, itu
contohnya, namun
pokoknya, pandangan manusia
seringkali tersilap, pandangan
Allah adalah yang haq, jadi
pandangan mana kita mahu
ikuti?. Lihatlah dengan hati yang
dipandu Allah.
Berkata Luqman al Hakim kepada
anakandanya selepas kisah
keldai di atas :
" Sesungguhnya tiada terlepas
seseorang itu dari percakapan
manusia. Maka orang yang
berakal tiadalah dia mengambil
pertimbangan melainkan kepada
Allah S.W.T sahaja. Barang siapa
mengenal kebenaran, itulah yang
menjadi pertimbangannya dalam
tiap-tiap satu "
Maksud sabda Rasulullah SAW :
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu
`anhu, katanya: Pada suatu hari
aku berada dibelakang Rasulullah
sollallahu `alaihi wasallam
(boncengan), lalu baginda
bersabda: "Wahai anak,
peliharalah Allah nescaya (Dia)
akan memelihara kamu,
peliharalah Allah nescaya (Dia)
akan berada dihadapan kamu,
dan jika engkau memohon maka
memohonlah kepada Allah, dan
jika engkau meminta
pertolongan maka mintalah
pertolongan kepada Allah, dan
ketahuilah bahawa sekiranya
umat berkumpul (bersepakat)
untuk memberikan suatu
manfaat kepadamu, nescaya
mereka tidak akan mampu
berbuat demikian melainkan
dengan sesuatu yang telah
ditetapkan (ditakdirkan) oleh
Allah, dan sekiranya umat
berkumpul (bersepakat) untuk
mendatangkan bencana keatas
kamu, nescaya mereka tidak
akan mampu berbuat demikian
melainkan dengan sesuatu yang
telah ditetapkan (ditakdirkan)
oleh Allah. Dan telah diangkat
segala pena dan telah kering
segala buku."
HR : Imam Tirmidzi
Berhadapan dengan kehidupan,
kita sememangnya dituntut
untuk saling mengingati antara
satu sama lain. Inilah fitrah
kejadian manusia yang jika kita
lari daripadanya, maka ia akan
merosakkan kehidupan. Lengkap
melengkapi antara satu sama
lain, menampungi kelemahan
yang lain dengan kelebihan kita,
dan mengizinkan untuk
kelemahan kita ditampungi oleh
kelebihan insan yang lain.
Manusia tidak dijadikan Allah
berbilion bilion ramainya untuk
hidup sendiri tanpa
mengendahkan yang lain.
Namun, dalam berkata dan
menzahirkan pendapat, ia perlu
datang dengan pengetahuan
yang benar, barulah ia bakal
membantu, jika bicara tanpa ilmu
yang cukup, tidak memahami
situasi dengan sebenar
benarnya, maka apa yg
diperkatakan mungkin tidak
membantu bahkan merosakkan.
Maksud sabda Rasulullah SAW:
" Barang siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat,
berkatalah perkara yang baik,
atau lebih baik ia diam sahaja "
HR : Bukhari & Muslim
Saya memohon untuk sentiasa
dibimbing Allah, dan bimbingan
itu disekalikan dengan
kemudahan untuk
melaksanakannya, saya berusaha
untuk itu. Saya juga pohonkan
agar bimbingan, panduan, dan
kemudahan dari Allah untuk
sahabat sekalian, doakan saya
juga. Semoga kita sentiasa
melihat dengan pandangan Allah,
dan semoga syaitan tidak
mampu mengganggu gugat apa
yang datang
dariNya. Sesungguhnnya yakin
itu dari Tuhan, keraguan itu dari
syaitan, maka pilihlah apa yang
datang dari Tuhan. Tetapkan hati
saya, tetapkan hati kami, dan
tetapkan sahabat seluruhnya
dengan keyakinan dariMu,
Allahumma ameen! :)
Maksud firman Allah SWT :
" Dan jika Allah kenakan bahaya
kepada engkau maka tidak ada
yang dapat melepaskannya
melainkan Dia. Dan jika dia
mahukan kebaikan kepada
engkau maka tidak ada yang
dapat menolak kurnianya itu "
Yunus : 107


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More