link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONNECT WITH

Jumat, 15 April 2011

KISAH RASULULLAH DAN DAGING BERACUH



Abu Hurairah pernah
meriwayatkan suatu kisah
katanya: "Apabila wilayah
Khaibar telah ditakluki oleh pihak
Islam, seekor kambing yang telah
dibubuh racun telah diberikan
kepada baginda Rasulullah oleh
seorang Yahudi yang ada di sini."

Apabila orang-orang Yahudi
dihadapkan didepan baginda,
maka baginda pun berkata: "Aku
ingin bertanya kepada kamu
semua, bolehkah kamu berkata
benar?". Meraka menjawab:
"Boleh Ya Abu Qasim." Rasulullah
pun bertanya: "Siapakah
bapanya." Bila mereka menjawab
si pulan dan si pulan, baginda
mengatakan mereka itu berdusta
kepadanya. Mereka berkata:
"Tuan berkata benar."
Baginda lalu bertanya: "Bolehkah
kamu bercakap benar jika aku
bertanya sesuatu?." Mereka
menjawab: "Boleh Ya Abu Qasim.
Jika kami berbohong tuan akan
tahu juga, sebagaimana halnya
tentang ayah kami." Baginda
bertanya: "Siapakah yang akan
masuk ke neraka."

Mereka
menjawab: "Kami hanya akan
dimasukkan sebentar sahaja,
kemudian tuan akan mengikuti
kami." Kata Rasulullah
selanjutnya: "Masuklah kamu ke
dalamnya dengan hina. Demi
Allah aku bersumpah bahawa
kami tidak akan mengikuti kamu
ke dalamnya." Baginda
kemudiannya berkata: "Bolehkah
kamu bercakap benar jika aku
tanyakan sesuatu?" Lalu mereka
menjawab: "Boleh Ya Abu
Qasim".
Rasulullah s.a.w. lalu bertanya:
"Apakah kamu yang membubuh
racun pada daging kambing
ini?." Mereka menjawab bahawa
merekalah yang melakukannya
dan apabila ditanya apakah
sebabnya, mereka menjawab:
"Kami mahu membunuh engkau,
jika engkau seorang pendusta
tetapi sekiranya engkau seorang
yang benar, racun itu tidak akan
dapat membunuhmu.
(Diriwayatkan oleh Imam
Bukhari)

http://
kumpulankisahsufi.blogspot.com


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More